Seekor ular bersembunyi dalam bilik bayi. (Facebook/Sunshine Coast Snake Catchers)

Little Mountain – Australia merupakan salah satu negara yang terkenal dengan haiwan liarnya, tidak terkecuali ular. Seorang bapa warga Australia baru-baru ini mengalami kejadian mencemaskan dengan reptilia itu secara langsung.

Dia berdepan kejadian tersebut ketika sedang membersihkan rumah. Ketika itu dia melihat seekor ular di dalam bilik bayinya dan dengan segera menghubungi penangkap ular profesional.

Dipetik dari News.com.au, Isnin (14/8/2017), kumpulan penangkap ular Sunshine Coast Snake Catchers kemudian memuat naik foto keberadaan reptilia tersebut ke Facebook.

“Seorang warga Little Mountain sedang membersihkan rumahnya hari ini ketika dia melihat haiwan yang menurutnya adalah ular coklat timur (eastern brown snake) dalam bilik bayi. Sambil mengawasinya dia menghubungi kami dan saya bergegas tiba,” ujar seorang penangkap ular, Max.

Awalnya, si bapa percaya bahawa ular tersebut adalah eastern brown snake yang bergerak cepat, agresif, dan merupakan ular paling kedua berbisa di dunia.

Namun apabila Max tiba di sana, dia menyedari bahawa jenis haiwan reptilia tersebut adalah whip-snake berwarna kuning. Jika seseorang itu terkena bisa atau racunnya, dia boleh mengalami bengkak-bengkak.

Kejadian tersebut berlaku beberapa minggu selepas pekerja di sebuah syarikat media menjumpai seekor ular sawa di sebuah bilik menyunting di Channel Nine di Darwin.

“Perkara pertama yang saya fikirkan ketika menjumpainya adalah saya mahu membakar tempat kerja saya, tapi itu tidak mungkin dapat dilakukan,” tulis pengarah berita Kate Limon dalam Twitter.

Dia kemudian beralih kepada internet untuk meminta bantuan.

“Saya mencari penangkap ular untuk dihubungi dengan segera, tapi ternyata pengurus program kami adalah orang yang boleh menangani hidupan liar,” ujar Limon.

“Dia beraksi sambil mengenakan gaun bunga dan kasut tumit tinggi, dia membuatkan kami semua malu,” tambah dia.

Seekor ular bersembunyi dalam bilik bayi. (Facebook/Sunshine Coast Snake Catchers)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here