Empat peluru berpandu dilancarkan di sebuah kawasan padang pasir di Iran. (Foto: Sepah News)

Parlimen Iran memutuskan untuk menambahkan peruntukan belanjawan sebanyak 520 juta dollar AS untuk membangunkan program peluru berpandu negara dan meningkatkan operasi luar separa tentera.

Keputusan yang dicapai melalui undian di Parlimen Iran, (13/8/2017) ini, sekaligus sebagai bentuk tindak balas kepada undang-undang yang diluluskan oleh Kongres Amerika Syarikat dan ditandatangani oleh Presiden AS Donald Trump pada awal bulan Ogos untuk mengenakan sekatan baru ke atas Iran mengenai program peluru berpandunya.

“Orang Amerika perlu tahu bahawa ini adalah tindakan pertama kami,” kata ahli parlimen Ali Larijani selepas mengumumkan mendapat majoriti undi, seperti dikutip AFP.

Larijani mengatakan perkara itu selepas sebelum ini mengumumkan keputusan suara terbanyak, yang dicetuskan kerana hasrat untuk mengatasi tindakan “keganasan” AS di wilayah Iran.

Selepas Larijani mengumumkan keputusan undian tersebut, ahli parlimen Iran serentak melaungkan kata: “Matilah Amerika”.

Daripada 244 ahli parlimen yang hadir, 240 orang memberikan undian yang menyokong penetapan keputusan dalam undang-undang tersebut.

Undian ini dilakukan selepas sekatan terbaru AS terhadap Iran pada bulan Julai, yang mensasarkan program peluru berpandu Tehran.

Iran berjaya menguji roket yang boleh menghantar satelit ke orbit pada bulan Julai. (Foto: AFP)

“Rang undang-undang tersebut disokong oleh kementerian luar negeri dan kerajaan, serta merupakan sebahagian daripada tindakan oleh jawatankuasa pengawasan JCPOA untuk menghadapi undang-undang Kongres AS baru-baru ini.”

Demikian kata Wakil Menteri Luar Negeri, Abbas Araghchi.

JCPOA adalah singkatan kepada The Joint Comprehensive Plan of Action yang merujuk pada perjanjian nuklear 2015 antara Iran dengan negara kuasa besar lain.

Dalam perjanjian itu, Iran meluluskan sekatan ketat program nuklearnya dengan balasan pelonggaran sekatan terhadap Iran.

Dilaporkan, daripada jumlah 520 juta dollar AS yang diluluskan tersebut, Kerajaan Iran mesti membahagikan peruntukan sebanyak 260 juta dollar AS untuk pembangunan program peluru berpandu.

Kemudian, jumlah yang sama besarnya juga diperuntukkan untuk pembangunan sayap operasi luar negara Pengawal Revolusi Iran, Pasukan Quds. Demikian dikutip dari pejabat berita IRNA.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here