(Foto: Solar Whisper Daintree River Crocodile and Wildlife Tour)

Penampakan makhluk misteri di Queensland, Australia ketika ia menimbulkan kepalanya dari air berlumpur dirakam kamera. Makhluk misteri itu dirakamkan oleh David White ketika melalui di lokasi tersebut.

Ketika berada di atas kapal pelancong, White mengaku melihat sesuatu seperti makhluk misteri. Lalu dia memutuskan untuk merakamnya.

Dalam videonya, kelihatan kepala suatu makhluk timbul ke atas permukaan air. Ia seolah-olah mempunyai mata.

Kepala makhluk itu tetap berada di atas permukaan air selama beberapa saat sebelum menyelam semula.

White, pemilik operator pelancongan Solar Whisper Daintree River Crocodile and Wildlife Tour, kemudian memuat naik rakaman itu ke laman Facebook pada pagi Selasa 8 Ogos 2017.

White menulis, “Entah itu paus kecil, tiram, atau makhluk asing. Sejenak ia berada di situ, dan selepas itu ia terus lenyap.”

Sejak dimuat naik, video itu telah ditonton lebih daripada 1,400 kali.

Berikut ini tayangan makhluk misteri yang dimaksudkan:

Seperti dikutip dari Daily Mail pada Sabtu (12/8/2017), penonton juga tertanya-tanya apakah makhluk tersebut dan mereka cuba ikut meneka identiti makhluk itu.

Ada yang percaya makhluk itu adalah seekor ikan lungfish, manakala ada juga pengguna lain mengatakan ia sejenis kerang.

Penonton lain lagi menganggap ia adalah raksasa bawah air, sementara kumpulan pelancong itu sendiri percaya ia adalah “raksasa Daintree, seperti raksasa Nessie.”

Sejurus kemudian, pegawai syarikat pelancongan tersebut mengaku kepada Daily Mail Australia bahawa dia sudah menyelesaikan misteri makhluk yang dimaksudkan.

Menurut mereka, makhluk itu kemungkinan besar adalah seekor mudskipper – sejenis ikan kecil yang hidup dalam lopak lumpur dan mampu merangkak keluar dari air.

(Foto: Wikimedia Commons)

Queensland, Australia, memang terkenal dengan kewujudan makhluk-makhluk misteri, seperti Yowie, Bunyip, dan kucing-kucing bersaiz besar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here