(Foto :SINDOnews)

Dengan pantai yang dihampar pasir putih, air laut yang jernih, langit biru, dan pohon-pohon palma yang berbaris, Guam adalah gambaran ‘syurga dunia’.

Namun, ketenangan tersebut terganggu sejak Korea Utara berniat menjadikan wilayah Amerika Syarikat di Pasifik tersebut sebagai sasaran tembak.

Dalam ancaman serangan oleh Pyongyang yang disebutkan, empat peluru berpandu Hwasong-12 akan terbang di atas Wilayah Shimane, Hiroshima, dan Koichi di Jepun sebelum akhirnya menghentam perairan yang jaraknya 19-25 batu atau 30.5 – 40.2 kilometer dari Pulau Guam.

Pulau Guam, Micronesia, Amerika Syarikat. (Foto: Guam Visitors Bureau)

Menurut laporan Associated Press, pelancaran peluru berpandu tersebut hanya tinggal menunggu kebenaran dari Kim Jong-un saja lagi.

Jika Korea Utara melancarkan peluru berpandu ke Guam, senjata mematikan tersebut dijangka akan memerlukan masa hanya 14 minit sebelum sampai ke pulau tersebut, demikian dikatakan Jurucakap Badan Keselamatan Dalam Negeri Guam, Jenna Gaminde, seperti dipetik dari USA Today, Jumaat (11/8/2017).

Beliau menambah, 15 siren All-Hazards Alert Warning System akan segera dibunyikan untuk memberi amaran kepada penduduk.

“Jika ada serangan, akan ada pemberitahuan dari tentera, dan kami akan menggunakan segala bentuk komunikasi massa untuk menyampaikan mesej itu kepada awam,” kata Gaminde.

Maklumat bahaya juga akan disampaikan melalui media sosial, melalui perantaraan para pemimpin di desa-desa terpencil, dan juga media tempatan terutama radio.

Apabila siren berbunyi, penduduk akan diminta untuk membuka saluran radio tempatan, untuk mendengar arahan selanjutnya.

Uji cuba peluru berpandu balistik yang dilakukan Korea Utara (Foto: AFP)

Sementara itu, Greg Kuntz, Pengarah Hal Ehwal Awam untuk Joint Region Mariana berkata, tentera di Guam dalam keadaan siap sedia di tengah ancaman Korea Utara.

“Kami sentiasa mengekalkan kesediaan tinggi,” kata Kuntz. “Kami juga menjalankan operasi seperti biasa.”

Pegawai tempatan dan persekutuan berkata, setakat ini tidak ada perubahan tahap ancaman. Semua operasi berjalan seperti biasa di Guam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here