Ancaman antara Korea Utara dan Amerika Syarikat akhir-akhir ini membuat dunia bimbang jika perang nuklear benar-benar berlaku.

Sejauh ini, memang Pyongyang dan Washington DC baru dalam tahap saling mengancam antara mereka, tetapi jika perang benar-benar berlaku adakah ia seolah-olah menghancurkan dunia?

Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un tengah memeriksa sebuah peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) Hwasong-12. (KCNA / Reuters / Independent)

Ketika ini seluruh dunia dikatakan terdapat 15,000 senjata nuklear. Sebagian besar, atau kurang lebih 80 peratusnya, adalah milik Amerika Syarikat dan Rusia.

Menurut Persatuan Kawalan Senjata, ketika ini dianggarkan 10,000 senjata ini yang berstatus siap digunakan dan bakinya menunggu masa untuk dimusnahkan.

Di seluruh dunia baru lima negara yang mengaku memiliki senjata nuklear iaitu Amerika Syarikat, Rusia, China, Perancis, dan United Kingdom.

Berdasakan Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear, kelima negara ini dibenarkan memiliki senjata nuklear.

Namun, kelima negara ini tidak boleh membangunkan kepala peledak baru atau menambah senjata permusnah ini selama-lamanya dan harus menghancurkannya pada suatu saat nanti.

Masih ada empat negara lain yang diketahui memiliki senjata nuklear iaitu India, Pakistan, Israel, dan Korea Utara.

Namun, keempat negara tersebut tidak menandatangani perjanjian pemusnahan senjata nuklear. Jika digabungkan, keempat negara ini dikatakan mempunyai 340 senjata nuklear.

Kepala ledak nuklear yang ada saat ini sudah lebih dari cukup untuk membunuh jutaan manusia dan menghancurkan sebuah bandar.

Menurut The Telegraph, jika disatukan seluruh ledak nuklear milik AS dan Rusia memiliki kekuatan 6,600 megaton.

Sebagai gambaran, atom Bom Little Boy yang menghancurkan kota Hiroshima hanya berkekuatan 15 kiloton.

(Bom nuklear “Little Boy”)

Maksudnya, dengan seluruh senjata nuklear Amerika Syarikat dan Rusia dapat menghancurkan Hiroshima hingga 440,000 kali ganda.

Menurut laman web NukeMap, jika Amerika Syarikat menjatuhkan bom terbesarnya B-83, maka seramai 1.4 juta orang akan mati dalam 24 jam pertama.

(Bom nuklear B83)

Selain itu 3.7 juta orang akan cedera dan radiasi yang dihasilkan bom itu akan meliputi kawasan dengan radius 13 kilometer.

Manakala, jika Rusia menjatuhkan bom nuklear terbesarnya “Tsar Bomba” di kota New York maka dalam 24 jam pertama 7.6 juta orang mati dan 4.2 juta lainnya cedera.

(Bom nuklear “Tsar Bomba”)

Manakala radiasinya boleh tersebar hingga hampir 8,000 kilometer dengan bantuan angin berkecepatan 24 kilometer per jam dan boleh menjejaskan sejuta orang lagi.

Beruntung, senjata milik AS dan Rusia diikat pelbagai perjanjian yang membatasi jumlah, jenis ledak, dan sistem pertahanan yang dikembangkan.

Jika kedua negara menambah jumlah senjata nuklear,  maka kesepakatan kedua negara boleh tegang dan mengheret dunia ke Perang Dingin baru.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here