Foto-foto menarik dari tahun 1884 ini menampilkan jemaah haji dari 10 negara. Sebelum itu, sebelum kewujudan pengangkutan moden seperti menggunakan laluan udara (kapal terbang), perjalanan untuk menunaikan Haji jauh lebih sukar dan berbahaya dan perjalanan jemaah-jemaah haji ini mengambil masa beberapa minggu atau bulan untuk sampai ke Makkah.

Foto-foto ini diambil oleh Snouck Hurgronje di Perwakilan Belanda di Jeddah.

Pemerhatian yang menarik tentang foto-foto ini adalah pakaian yang berbeza yang digunakan oleh jemaah yang mencerminkan adat istiadat asal tempat mereka. Walau bagaimanapun, semasa haji, identiti tersebut hilang kerana setiap orang memakai dua helai pakaian yang tidak dijahit yang menjadikannya sukar untuk mengenal pasti kewarganegaraan mereka.

Haji membawa semua negara dan bangsa bersama di mana kaum muda, orang tua, golongan miskin dan orang kaya berdiri di hadapan Allah dengan sama tidak kira warna kulit.

Foto-foto ini diambil ketika khalifah Uthmaniyyah masih wujud dan jemaah haji dapat melakukan haji tanpa memerlukan pasport dan visa melalui tanah tanpa sempadan.

Basra, Iraq

Baghdad, Iraq

Aceh, Indonesia

Sumatera, Indonesia

Bahrain

Zanzibar

Yaman

Maghribi

India

Bukhara, Uzbekistan

Makkah

Malaysia

Foto ihsan: Muzium Seni Islam (MIA), Qatar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here