Media sosial sedang dihebohkan dengan video yang menunjukkan kain penutup Kaabah dinaikkan setinggi 3 meter.

Seperti dikutip dari Al Arabiya, Khamis (9/8/2017), kain penutup Kaabah ini sengaja dinaikkan pada Selasa 8 Ogos 2017. Bahagian dinding yang tersingkap kemudian ditutup dengan kain putih.

Perkara itu sebenarnya merupakan prosedur tahunan untuk melindungi kain penutup bangunan suci itu dari dirosakkan oleh jemaah haji ketika melaksanakan ibadah haji.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Kompleks Raja Abdul Aziz yang mengurusi penutup Kaabah, Mohammed Bagoudaha, mengadakan satu mesyuarat untuk membincangkan pelan operasi untuk menaikkan lapisan kain penutup Kaabah.

Memetik Bagoudaha, surat khabar Al-Riyadh melaporkan bahawa langkah itu merupakan tindakan pencegahan untuk mencegah terjadinya kerosakan kiswah. Ini kerana, ada sesetengah jemaah berhasrat menyentuh kain penutup Kaabah,.

Menurut Bagoudaha lagi, ada juga segelintir jemaah bertindak sehingga sanggup memotong beberapa bahagian kain Kaabah untuk menggunakannya sebagai cendera mata, ada juga untuk bertujuan tahyul yang sudah tentu dilarang agama.

Kain penutup akan dikembalikan pada kedudukan asalnya selepas musim haji selesai.

Sebelum ini, juga tersebar video yang mendedahkan penampakan bahagian dalam Kaabah – yang menjadi kiblat umat Islam dunia. Tertanya-tanya?

Tonton videonya:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here