Getty Images

Penjara adalah tempat yang dibuat untuk menghukum pesalah jenayah. Di tempat ini semua orang akan dibawa ke persekitaran baru yang katanya lebih baik. Di sesetengah negara bahkan banduan akan diajar tentang agama, seni dan kemahiran. Tujuannya agar selepas keluar dari penjara mereka mampu mendapat pekerjaan dan memiliki peribadi yang lebih baik.

Namun bagaimana dengan penjara yang  ditempatkan dengan geng mengerikan? Adakah penghuninya boleh keluar dengan menjadi orang baik? Atau menjadi seorang jauh lebih jahat? Jadi, inilah 5 geng penjara paling berbahaya yang bahkan polis pun takut untuk dekat!

1. Mara Salvatrucha (MS-13)

(Foto: The Richest)

Mara Salvatrucha adalah sebuah geng penjara di El Salvador. Mereka melaksanakan pelbagai jenis arahan kepada semua ahli-ahlinya. Antara arahan tersebut adalah “kawal” dan “bunuh”. Maksudnya jika seseorang itu tidak boleh dikawal lebih baik dibunuh agar tidak menyusahkan.

Mereka melakukan pembunuhan serta menjual dadah. Pada masa ini anggota MS-13 mencecah 3,000 orang. Sebahagian besar daripada mereka masih berumur 18 tahun.

2. Texas Syndicate

(Foto: The Richest)

Texas Syndicate adalah geng penjara yang ditubuhkan sekitar tahun 70-an. Awalnya mereka ditubuhkan untuk melindungi banduan dari geng lain. Namun lama kelamaan geng ini bertukar menjadi geng yang melakukan pembunuhan kepada orang-orang yang dianggap musuh.

Walaupun mengerikan, ternyata Texas Syndicate tidak membunuh orang yang tidak tahu apa-apa.  Namun demikian mereka mempunyai sentimen negatif terhadap polis kerana kerap menggagalkan rancangan mereka. Pada masa ini Texas Syndicate mempunyai ahli kira-kira 4,000 orang.

3. Dead Man Incorporated (DMI)

(Foto: The Richest)

DMI adalah sebuah geng penjara yang berasal dari Maryland. Geng ini dibentuk oleh Perry Roark yang taksub ingin masuk ke geng Black Guerilla Family (BGF). Namun ditolak kerana berkulit putih, akhirnya Perry membentuk sebuah geng sendiri bernama DMI yang ketika ini mulai membesar dan ditakuti oleh ramai orang.

DMI dikenali kerana kemampuan membunuhnya yang sangat mengerikan. Mereka boleh mengawal beberapa siri pembunuhan dan rompakan dari dalam penjara. DMI juga melakukan banyak serangan kepada polis dan kerajaan yang sering menggagalkan transaksi jual beli ubat terlarangnya.

4. 415 Kumi Nation

(Foto: The Richest)

415 Kumi Nation adalah sebuah geng yang merupakan pecahan dari BGF. Mereka keluar dari geng kerana merasa tidak selaras lagi dan banyak mengalami kekecewaan. Akhirnya mereka menubuhkan geng sendiri dengan maksud untuk mengambil alih kuasa di dalam atau luar penjara.

Mereka biasanya mengupah beberapa pengawal di penjara untuk melancarkan misi mereka. 415 Kumi Nation dibentuk oleh Kumi yang merupakan keturunan Swahili dan tinggal di kawasan 415. Pada masa ini geng ini mula berkembang dan menyebabkan ramai orang ketakutan.

5. Aryan Brotherhood

(Foto: The Richest)

Aryan Brotherhood awalnya dibentuk untuk melindungi banduan kulit putih dari serangan geng kulit hitam dan geng Mexico. Namun lama kelamaan geng ini telah berubah fungsi menjadi geng yang bekerja untuk kejahatan dan untuk mendapatkan keuntungan besar.

Aryan Brotherhood adalah kumpulan yang banyak melakukan pembunuhan, pelacuran, kontrak pembunuhan sehingga penjualan ubat terlarang. Selain itu Aryan Brotherhood juga menjadi kumpulan yang banyak membunuh banduan di dalam penjara Amerika. Bahkan menurut FBI, Aryan Brotherhood membunuh 18% daripada jumlah keseluruhan pembunuhan yang berlaku di penjara Amerika.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here