Shaykh Zulfiqar Ahmad menceritakan:

Saya pernah berada di Muzium Udara dan Angkasa Negara, AS, milik Institusi Smithsonian, apabila seorang doktor mendekati saya.

Dia mula bercakap dengan saya. Dia berkata, Muslim yang melakukan banyak ibadah terdapat sinaran di wajah mereka.

Saya menjawab, ya memang ada, mereka mempunyai cahaya ketakwaan.

Doktor itu menjawab bahawa ada sebab kenapa wajah mereka bersinar.

Saya bertanya kepadanya sebabnya.

Dia menjawab bahawa darah disalurkan kepada organ-organ manusia di bawah jantung dengan mudah, tetapi sukar untuk darah disalurkan bahagian di atas jantung. Itulah sebabnya, kepala tidak mendapat jumlah darah yang patut ia dapat.

Apabila orang-orang muslim bersolat dan sujud – dalam kedudukan ini kepala dan muka berada di bawah jantung. Ini adalah satu-satunya cara darah dapat membanjiri muka. Apabila kamu sujud lama, kamu dapat merasakan darah di wajah kamu.

Saya menjawab, ya boleh. Dia kemudian berkata, ia adalah peredaran darah setiap hari yang menjadikan muka segar.

Saya fikir sendirian, jika wanita mengetahui perkara ini, dengan bersolat wajah kekal muda, jadi, mereka akan meninggalkan krim (solek) dan akan bersegera menunaikan solat.

Dan pada hakikatnya mereka yang beramal soleh, kamu akan melihat cahaya di muka mereka. Bukan saja kesan rohani ada di muka, tetapi juga ada manfaat kepada tubuh.

Semoga Allah memberi kita taufiq untuk meningkatkan (masa) sujud kita, terutama pada bulan Ramadhan. Ameen

Satu Hadis Riwayat Muslim menyatakan:

“Hendaklah kamu memperbanyak sujud kepada Allah, kerana tidaklah kamu sekali sujud kepada-Nya melainkan Dia mengangkatmu satu darjat dan menghapus satu kesalahanmu (dosa) darimu.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here