(Foto: dailystar.co.uk)

Sebuah helikopter mengalami kemalangan tragis ketika melakukan misi menyelamat dua orang lelaki yang terperangkap di puncak gunung tertinggi di Austria, Grossglockner. Kemalangan mengerikan ini bahkan sempat dirakamkan video.

Rakaman ini menunjukkan sebuah helikopter terbang di atas puncak gunung Grossglockner dalam misi menyelamatkan seorang pendaki gunung yang menderita serangan jantung.

Namun malangnya, ketika helikopter itu mula mendarat, angin kencang tiba-tiba datang dan menyebabkan helikopter itu hilang keseimbangannya.

Salah seorang pendaki gunung kelihatan sudah memasuki helikopter tersebut, sementara pendaki yang seorang lagi tidak sempat naik helikopter kerana ada angin kencang.

Tidak lama selepas itu, helikopter tersebut kemudian mengalami kemalangan.

Tonton video di bawah:

Juruterbang berusia 36 tahun, bersama seorang pegawai perubatan dan seorang penyelamat penerbangan, semuanya berada di dalam helikopter ketika datang untuk mengambil pendaki yang menderita serangan jantung itu.

Seorang saksi yang kebetulan sedang mendaki gunung ketika itu, merakamkan aksi detik-detik helikopter penyelamat tersebut mengalami kemalangan.

Walau bagaimanapun bernasib baik tidak ada korban nyawa dalam insiden ini dan semua penumpang hanya mengalami luka ringan sahaja.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here