(Foto: boredomtherapy.com)

Selama Perang Dunia II, tentera Nazi telah banyak membangunkan teknologi perang yang sangat canggih sekaligus sangat mematikan. Tidak lain tujuannya iaitu agar Nazi boleh memenangi peperangan walaupun hakikatnya pada akhirnya tetap kalah.

Ketika Perang Dunia Kedua, Jerman pernah membuat sebuah kereta kebal yang besar bernama Panzer VIII Maus. Kereta kebal ini merupakan kenderaan tempur berperisai yang sangat sukar dikalahkan dalam medan perang kerana saiznya yang jauh lebih besar dari kereta kebal milik pasukan lawan.

Nazi berharap dengan adanya kereta kebal ini, mereka boleh memenangi pertempuran. Tapi nasib baik, kereta kebal ini tidak dapat disiapkan Nazi sehingga akhirnya kelompok yang dipimpin Adolf Hitler itu mengalami kekalahan.

Maus direka untuk menghancurkan pertahanan musuh kerana tidak mudah untuk menghancurkan kereta kebal ini.

(Foto: boredomtherapy.com)

Reka bentuk asas tank ini direka oleh seorang lelaki bernama Ferdinand Porsche, lalu diberikan kepada Adolf Hitler.

(Foto: boredomtherapy.com)

Setelah melihat prototaip Maus, Hitler meluluskan projek ini dan merancang untuk membuat 150 buah kereta kebal Maus.

(Foto: boredomtherapy.com)

Pada November 1943, pembuatan kereta kebal ini dihentikan kerana masalah mesin, dan hanya dua kereta kebal saja yang dapat disiapkan.

(Foto: boredomtherapy.com)

Maus terdiri dari dua senjata utama, yang sangat berbeza dari model senjata kereta kebal pada kebiasaannya. Senjata utama Maus direka untuk memusnahkan senjata anti-kereta kebal milik musuh, selain itu, yang kedua dirancang untuk berfungsi menghancurkan kereta kebal musuh.

(Foto: boredomtherapy.com)

Enjin yang digunakan untuk menghidupkan Maus adalah enjin pesawat. Ini disebabkan oleh kereta kebal ini memerlukan tenaga enjin yang tinggi memandangkan bebannya yang sangat berat.

(Foto: boredomtherapy.com)

Yang lebih canggihnya, kereta kebal ini direka untuk boleh menyelam ke dalam air sehingga kedalaman 8 meter.

(Foto: boredomtherapy.com)

Namun, semua kerja keras untuk membina Maus akhirnya menjadi sia-sia. Kereta kebal ini tidak pernah dilihat dalam pertempuran kerana masalah enjin yang konsisten. Salah satu daripada dua prototaip pula telah dimusnahkan oleh orang Jerman sendiri untuk mengelakkan ia dirampas musuh.

(Foto: boredomtherapy.com)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here