Semua orang tahu lautan boleh menjadi tempat yang berbahaya, dengan kewujudan pelbagai spesies haiwan-haiwan yang beracun dan mengerikan, tetapi apa yang lebih menakutkan adalah apabila kita sedar bahawa mereka boleh nampak kita ketika kita berada di dalam air, namun kita tidak dapat melihat mereka!

Itulah pengajaran seorang remaja Australia, Sam Kanizay dapat dengan cara yang sangat menyakitkan ketika dia sedang berenang di pantai di Melbourne. Selepas keluar dari air, Kanizay mendapat tahu bahawa kakinya dan pergelangan kaki menjadi makan malam untuk beberapa makhluk laut yang sedang lapar.

(Foto: AAP)

Akibat pendarahan teruk, lelaki berusia 16 tahun itu dikejarkan ke hospital tempatan di mana kakitangan hospital tidak dapat mengenal pasti apa punca yang mungkin penyebab kecederaannya.

Tidak puas hati dengan tanggapan bahawa kaki anaknya telah dimakan oleh entiti laut yang tidak diketahui, bapa Kanizay, Jarrod, kembali ke kawasan tempat anaknya berenang dan melemparkan ketulan daging ke dalam air.

Apabila dia mengambilnya semula, daging itu dipenuhi dengan makhluk kecil, dan itulah ketika pakar marin percaya mereka tahu pelakunya.

Pakar-pakar berbincang  dan bersetuju bahawa krustasea kecil yang dipanggil amphipods itu bertanggungjawab untuk insiden malang tersebut.

(Foto: Museums Victoria)

Makhluk-makhluk yang bersaiz serangga ini adalah pebangkai, dan teori buat masa ini adalah remaja itu secara tidak sengaja mengganggu sekelompok mereka ketika mereka sedang makan sesuatu lain, mendorong mereka untuk melekat pada kaki remaja itu dan mula ‘mengamuk’.

Kanizay dijangka dalam keadaan baik, dan saintis marin yang bercakap mengenai insiden itu mengatakan dia hanya sedikit bernasib malang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here