6 Ramalan Bill Gates Tentang Teknologi Pada 1999 Yang Benar-Benar Berlaku Hari Ini

Pada tahun 1999, Bill Gates menulis sebuah buku berjudul “Business @ the Speed of Thought.”

Dalam buku itu, Gates membuat beberapa ramalan yang pada masa itu mungkin dianggap agak keterlaluan.

Tetapi akhirnya ramalan Gates tentang teknologi ini ternyata benar-benar terjadi hari ini

Berikut adalah terjemahan Laicikang.com siarkan seperti dipetik dari AOL.com, berikut adalah antara ramalan yang dibuatnya hampir 20 tahun yang lalu – dan sejauh mana 9a telah menjadi kenyataan.

1. Laman Web Perbandingan Harga

(Foto: aol.com)

Ramalan Gates: “Perkhidmatan perbandingan harga automatik akan dibangunkan, membolehkan orang ramai melihat harga di beberapa laman web, menjadikannya mudah untuk mencari produk termurah untuk semua industri.”

Apa yang kita lihat sekarang: Kita boleh dengan mudah mencari produk di Google atau Amazon dan mendapatkan harga yang berbeza dari produk yang sama. Laman web seperti NexTag dan PriceGrabber dibina khusus untuk perbandingan harga.

2. Peranti Kecil

(Foto: aol.com)

Ramalan Gates: “Orang ramai akan membawa peranti kecil yang membolehkan mereka sentiasa berhubung dan melakukan perniagaan elektronik dari mana sahaja mereka berada. Mereka akan dapat menyemak berita, melihat penerbangan yang telah mereka pesan, mendapatkan maklumat dari pasaran kewangan, dan melakukan apa sahaja menggunakan peranti ini. ”

Apa yang kita lihat sekarang: Telefon pintar, dan kini smartwatch, boleh lakukan semua ini.

3. Bayaran Segera Dan Kewangan Atas Talian, Penjagaan Kesihatan Lebih Baik Melalui Laman Web

(Foto: investopedia.com)

Ramalan Gates: “Orang akan membayar bil mereka, menjaga kewangan mereka, dan berkomunikasi dengan doktor mereka melalui internet.”

Apa yang kita lihat sekarang: Teknologi membantu kita mencari doktor dan membuat penjadualan lebih mudah. Kita juga boleh meminjam wang melalui laman web seperti Lending Club dan dengan mudah membuat pembayaran melalui laman-laman seperti PayPal dan Venmo.

4. Media sosial

(Foto: aol.com)

Ramalan Gates: “Laman web persendirian untuk rakan dan keluarga anda akan menjadi biasa, membolehkan anda berbual dan merancang acara.”

Apa yang kita lihat sekarang: Dua bilion orang sudah menggunakan Facebook, ada yang menggunakan Twitter, untuk melihat apa yang rakan-rakan mereka lakukan dan merancang acara. Terdapat juga aplikasi Snapchat, Instagram, WhatsApp, dan Messenger.

5. Perbincangan Atas Talian

(Foto: aol.com)

Ramalan Gates: “Penduduk bandar dan negara akan dapat mengadakan perbincangan berasaskan internet mengenai isu-isu yang mempengaruhi mereka, seperti politik tempatan, perancangan bandaraya atau keselamatan.”

Apa yang kita lihat sekarang: Kebanyakan laman berita mempunyai bahagian komen di mana kita boleh mengadakan perbincangan secara langsung, sementara banyak laman web berbentuk forum di mana kita boleh bertanya dan menjawab soalan-soalan tertentu. Twitter dan Facebook memainkan peranan dalam revolusi politik di Libya, Mesir, dan Tunisia serta pergerakan Black Lives Matter di Amerika Syarikat.

6. Mencari Kerja Atas Talian

(Foto: aol.com)

Ramalan Gates: “Begitu juga, orang yang mencari kerja akan dapat mencari peluang pekerjaan secara dalam talian dengan menyatakan minat, keperluan, dan kemahiran khusus mereka.”

Apa yang kita lihat sekarang: Laman web seperti LinkedIn dan Jobstreet membenarkan pengguna memuat naik resume dan mencari pekerjaan berdasarkan minat dan keperluan individu. Majikan boleh mencari calon yang berpotensi berdasarkan kemahiran khusus mereka.

Share jika bermanfaat ☺

Related Post

Fakta Mengerikan Titanoboa, Ular Terbesar Yang Per... Jika bertanya ular apa yang paling besar dalam dunia ini, jawapan yang sebenar bukan anaconda atau ular sawa, tetapi Titanoboa. Benar, Titanoboa adala...
Alasan Kenapa Orang Yahudi Sangat Bijak, Ini Rahsi... Bangsa Yahudi dipercayai mempunyai kepintaran yang melebihi kaum lain. Buktinya rata-rata barang canggih yang kita gunakan sekarang adalah ciptaan ora...
Ini 3 Firma Pertahanan Turki Yang Mendapat Tempat ... Tiga firma pertahanan Turki tersenarai dalam senarai 100 pertahanan firma teratas dalam dunia tahun ini, dengan dua mendaki ranking, dan yang yang ke-...
Lelaki Ini Lihat Bentuk Aneh Pada Awan, Tapi Bila ... Setiap tahun beratus-ratus puting beliung atau tornado terbentuk dalam awan di atas Bumi. Bentuk terowong angin yang berpusing laju ini menyentuh tana...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*