Saturday, 20 May 2017

Insiden Tampar – Apa Yang Dibuat Fahrin Ahmad Ketika Itu Jadi Tumpuan Netizen



PETALING JAYA: Dua artis tempatan terlibat dalam kekecohan dalam majlis dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) bagi industri hiburan yang dihadiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Putrajaya malam kelmarin.

Kekecohan itu dilaporkan berlaku antara pelakon Sulaiman Yassin, lebih dikenali sebagai Mat Over, dan Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth, David Teoh.

Teo mengkritik mode
rator, Rosyam Nor, kerana didakwa tidak memberi peluang mereka yang duduk di belakang untuk bertanya soalan atau bercakap.

Pada ketika itu, Mat Over dikatakan datang kehadapan dan tiba-tiba menampar Teo lalu berlaku kekecohan.


Anggota keselamatan kemudiannya mengiringi kedua-dua Teo dan Mat Over dari tempat itu, sebuah dewan di Seri Perdana.

Rosyam yang juga seorang pengarah dan pelakon, berkata beliau malu dengan kejadian itu dan meminta maaf kepada Najib.

Kedua-duanya muncul beberapa minit kemudian dan turut memohon maaf kepada Najib, mendapat tepukan dari orang ramai.


Namun apa yang menarik perhatian netizens di facebook dalam insiden itu adalah tindakan pantas pelakon kacak Fahrin Ahmad yang dengan segera cuba meleraikan kekecohan itu.

"Aku tak kisah siapa kena tampar kat event TN50 tadi, yang penting, crush aku si Fahrin Ahmad sungguh hot dan memang cepat dia bangun untuk menenangkan keadaan," tulis Yiswaree Palansamy .

"Yang sebenarnya Fahrin Ahmad tu yang hero," tulis Ali Akhbar.

Tindakan Fahrin Ahmad juga turut mendapat pujian di kalangan pengguna youtube apabila video itu dimuat naik oleh SuaraTV.

"Ini baru betul hero malaya," tulis Situ Sini.

"Ini baru la hero, satu dalam berapa banyak tu," tulis Mabah Rip.

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->